Privacy | Acer Malaysia
Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Privasi
Komitmen Kami kepada Anda...
Acer Inc., of 8/F, No. 88, Sec. 1, Xin Tai 5th Road, Xizhi, New Taipei City 221, dan kumpulan syarikatnya di seluruh dunia (di mana senarai syarikat-syarikat tersebut boleh didapati di https://www.acer.com/worldwide/) (secara kolektif, “Acer”, “kami” atau “kita) menghormati privasi pelanggan kami dan privasi pelawat dalam talian kami. Kami mematuhi polisi “toleransi sifar” yang ketat berhubung dengan sebarang pelanggaran privasi. Sebarang kompilasi, pengumpulan, penggunaan, atau pendedahan data peribadi pelanggan kami atau data peribadi pelawat dalam talian kami yang berlaku tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali. Jika seseorang pekerja didapati, selepas siasatan, bahawa pekerja tersebut telah melakukan sebarang pelanggaran tersebut, maka tindakan disiplin akan diambil selaras dengan polisi kita. Dalam kes yang serius, ini boleh membawa kepada penamatan pekerjaan pekerja yang melakukan pelanggaran tersebut.
Polisi Privasi ini adalah bertujuan untuk memaklumkan anda mengenai amalan maklumat dalam talian kami, amalan kami berkenaan dengan pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, pemindahan dan penggunaan data peribadi dan maklumat peribadi anda, dan juga berkenaan dengan pilihan-pilihan anda yang tersedia berhubung dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadi dan maklumat peribadi anda, termasuk dalam pendaftaran akaun dan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan (yang dikenali sebagai “AcerID”) dan perkhidmatan-perkhidmatan Acer yang lain, seperti laman web kami dan perkhidmatan surat berita (newsletter) (dikenali secara kolektif sebagai “Perkhidmatan tersebut”). Melainkan dinyatakan sebaliknya, rujukan kepada “data peribadi” dan “maklumat peribadi” dalam Polisi Privasi ini digunakan secara bergantian dan mempunyai maksud yang sama.
Selanjutnya, Polisi Privasi ini adalah bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang perlindungan data peribadi yang berkenaan. Bergantung pada lokasi anda, maklumat tambahan mungkin terpakai kepada pemprosesan maklumat peribadi anda.
Anda boleh mengakses Perkhidmatan tersebut melalui laman web kami, aplikasi dalam Peranti tersebut, melalui “API” dan melalui pihak ketiga. Terma “Peranti” merujuk kepada mana-mana komputer yang digunakan untuk mengakses Pekhidmatan tersebut, termasuk tanpa had kepada komputer, komputer riba, telefon bimbit, tablet, atau peranti elektronik yang lain. Polisi Privasi ini mentadbir akses kepada Perkhidmatan tersebut, tanpa mengira cara anda mengaksesnya. Anda boleh mendaftar untuk AcerID di laman web kami atau apabila anda mula menggunakan Peranti anda buat kali pertama.
Dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut dan/atau mendatar untuk AcerID, anda mengakui dan, di mana berkaitan, memberikan persetujuan anda terhadap pengumpulan, pemindahan, pemprosesan, penyimpanan, pendedahan dan penggunaan-penggunaan lain berkaitan dengan data peribadi dalam Polisi Privasi ini.
Apa yang Kami Kumpulkan dan Bagaimana Kami Mengumpulkannya:
Kami mengumpulkan pelbagai jenis maklumat untuk membantu kami supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dan pelawat laman web kami:
- Alamat Protokol Internet (IP). Bagi setiap pelawat yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan tersebut atau melayari laman web kami, pelayan web kami akan secara automatik akan mengenal pasti dan menyimpan alamat IP pelawat (iaitu alamat protokol internet berkenaan dengan komputer pelawat tersebut) untuk menentukan bahagian laman web kami yang dilawat dan tempoh masa yang digunakan oleh pelawat di bahagian laman web kami. Maklumat ini membantu kami untuk memahami corak trafik pelawat melalui Perkhidmatan tersebut dan laman web kami supaya kami boleh meningkatkan kebolehgunaan laman web kami secara berseluruh. Peranti anda menyediakan maklumat ini secara automatik setiap kali anda log masuk, melainkan anda telah mengaktifkan sebarang teknologi sekatan dalam laman web tersebut.
- Maklumat Peranti. Kami mungkin mengumpulkan maklumat berkenaan dengan peranti spesifik yang digunakan, seperti model perkakasan anda, versi sistem operasi dan pengecam peranti unik. Kami juga mungkin mengumpul dan menyimpan maklumat (termasuk maklumat peribadi) yang terdapat dalam peranti anda menggunakan mekanisme seperti penyimpanan web (termasuk HTML 5) dan cache data aplikasi.
- Kuki. Kami akan menggunakan kuki selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
- Maklumat Peribadi. Walaupun kami secara amnya tidak memerlukan anda memberikan maklumat yang boleh dikenal pasti secara individu untuk melawat, mengakses atau menggunakan laman web kami atau Perkhidmatan tersebut, pada masa-masa tertentu kami mungkin akan meminta anda supaya memberikan maklumat peribadi yang berkaitan dengan maklumat yang boleh dikenal pasti secara individu, seperti alamat e-mel, nama, alamat menyurat, nombor telefon, nombor kad kredit, negara, bahasa, makluman demografi, atau pengenal pasti berulangan (seperti nama pengguna dan kata laluan). Dengan memberikan kami maklumat ini, anda boleh mendaftar AcerID, membuat pembelian, mendaftarkan produk-produk, menerima bantuan, berhubung dengan kami, menyertai tinjauan dalam talian, menyertai senarai mel atau surat berita, atau mendaftar untuk diskaun pembelian khas. Kami tidak memerlukan anda memberikan sebarang maklumat peribadi sensitif (seperti maklumat berkenaan dengan kesihatan anda, kepercayaan politik atau agama anda, kesalahan jenayah yang didakwa atau dilakukan, atau orientasi seksual), dan kami meminta supaya anda tidak memberikan maklumat peribadi sensitif tersebut kepada kami. Sebarang maklumat tersebut yang mana anda berikan kepada kami secara sukarela hanya akan digunakan selaras dengan Polisi Privasi ini.
- AcerID. Bagi membolehkan anda mendaftarkan AcerID, kami akan mengumpul dan memproses sebahagian atau seluruh maklumat yang berikut: alamat e-mel, nama, nama keluarga, ID log masuk sosial (seperi Facebook dan ID Google), negara dan bahasa. Maklumat ini adalah maklumat yang minimum dan yang mana adalah perlu untuk membolehkan anda mendaftarkan AcerID. Setelah AcerID telah didaftarkan, anda boleh melengkapkan profil peribadi anda dengan memberikan maklumat tambahan, seperti nombor telefon, alamat, maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran produk Acer dan sebagainya. Tambahan itu, anda juga boleh mengurus profil peribadi anda dengan memilih untuk menerima surat berita dan komunikasi lain, yang mana anda juga boleh memilih untuk berhenti menerima atau “unsubscribe” pada bila-bila masa.
- Surat Berita Acer. Anda juga boleh memilih untuk menerima surat berita kami tanpa mendaftarkan AcerID. Dalam perkara ini, maklumat yang kami perlu kumpul dan proses ialah alamat e-mel anda, negara dan bahasa kerana maklumat tersebut adalah diperlukan untuk membolehkan kami menghantar surat berita tersebut kepada anda.
Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi dan Dengan Pihak Mana Kami Berkongsi Maklumat Peribadi Anda:
Maklumat peribadi anda boleh digunakan untuk meningkatkan hubungan pelanggan dengan Acer. Kami ingin menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan pengalaman anda di laman web kami dan untuk meningkatkan pengalaman anda dengan kami secara umum. Kami tidak akan mengumpul atau menggunakan maklumat peribadi anda untuk sebarang tujuan yang tidak berkaitan, kecuali apabila diwajibkan atau dibenarkan oleh undang-undang berkaitan untuk berbuat demikian tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu atau tanpa mendapatkan persetujuan anda.
Maklumat Peribadi anda adalah dikumpul dan diproses untuk tujuan-tujuan berikut:
- Untuk mematuhi dengan permintaan spesifik anda, seperti untuk membolehkan anda mendaftarkan AcerID dan untuk memberikan anda akses kepada perkhidmatan berkaitan (seperti pendaftaran Peranti, penciptaan ‘cloud’ peribadi dengan “abApps” dan untuk menerima bantuan). Pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan ini tidak memerlukan persetujuan anda terlebih dahulu.
- Untuk tujuan pemasaran. Melainkan anda mengarahkan kami sebaliknya (seperti yang dinyatakan di bawah), kami akan menghantarkan anda maklumat berkenaan dengan peningkatan taraf produk, tawaran khas dan produk dan perkhidmatan lain yang baru daripada Acer yang mungkin akan membantu anda. Hanya Acer (atau ejen-ejen bagi pihak Acer) akan menghantarkan komunikasi ini. Jika anda tidak ingin menerima komunikasi tersebut, anda boleh memaklumkan kami apabila anda memberikan maklumat peribadi anda. Anda juga boleh memilih supaya anda tidak menerima komunikasi tersebut pada bila-bila masa dengan menghubungi Acer; sila rujuk kepada bahagian di bawah.
Jika undang-undang yang berkenaan memerlukannya, kami akan menghantar komunikasi tersebut ini hanya setelah anda memberikan persetujuan anda (yang mana adalah bukan wajib). Jika anda telah memberikan persetujuan anda tetapi tidak lagi ingin menerima komunikasi tersebut, anda boleh memaklumkan kami apabila menerima komunikasi tersebut atau surat berita tersebut dengan mengikut prosedur “Unsubscribe” yang tersedia dalam komunikasi tersebut atau surat berita tersebut. Anda juga boleh menghentikan komunikasi pada bila-bila masa dengan menghubungi Acer. Sila ambil perhatian bahawa penarikan balik persetujuan anda tidak menjejaskan kesahan di sisi undang-undang bagi pemprosesan maklumat peribadi yang bergantung pada persetujuan anda sebelum penarikan balik persetujuan tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, maklumat yang anda berikan boleh diakses, diproses atau disimpan oleh, atau dipindahkan kepada, mana-mana ahli kumpulan syarikat Acer (atau subkontraktornya) di lokasi-lokasi di seluruh dunia, termasuk di lokasi yang terletak di negara-negara di mana anda tidak menduduki. Lokasi-lokasi tersebut termasuk negara-negara yang tidak memastikan tahap perlindungan maklumat peribadi yang mencukupi. Senarai entiti Acer (dan alamat berdaftar masing-masing) yang mungkin menerima maklumat anda boleh didapati di https://www.acer.com/worldwide/. Pengunaan tersebut boleh diteruskan walaupun entiti tersebut tidak lagi menjadi ahli kumpulan syarikat Acer. Semua syarikat tersebut yang menerima maklumat peribadi anda akan menggunakannya selaras dengan Polisi Privasi ini.
Acer boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan organisasi luar untuk kegunaannya dalam pemasaran, pengiklanan atau penambahbaikan atau pembangunan aktiviti-aktiviti tersebut.
Maklumat anda boleh dikongsi dengan ejen-ejen Acer atau kontraktor-kontraktor Acer bagi tujuan memberikan perkhidmatan, memproses transaksi atau menjalankan analisis statistik bagi syarikat Acer. Sebagai contoh, jika kami perlu menghantar sesuatu barangan kepada anda, kami mesti berkongsi nama dan alamat anda dengan syarikat penghantaran. Kami hanya akan memberikan ejen-ejen tersebut atau kontraktor-kontraktor tersebut maklumat yang minimum bagi melengkapkan perkhidmatan atau transaksi yang diminta.
Dalam beberapa keadaan terhad, maklumat anda juga boleh didedahkan kepada pihak ketiga di mana kami diperlukan di sisi undang-undang untuk berbuat demikian atau di mana kami berhak berbuat demikian, sebagai contoh sebagai jawapan terhadap permintaan daripada kerajaan atau pihak berkuasa atau berkaitan dengan prosiding undang-undang yang berpotensi. Acer tidak bertanggungjawab terhadap tindakan mana-mana pihak kerajaan atau pihak berkuasa berkenaan dengan maklumat atau data anda.
Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk mematuhi undang-undang atau untuk pembelaan dalam tuntutan di bawah undang-undang tersebut, atau apabila perlu untuk melaksanakan kepentingan dan keperluan perniagaan sah Acer, di mana perhatian khusus akan diambil untuk melindungi hak anda dan supaya memastikan sebarang penggunaan maklumat peribadi anda adalah adil, sah dan mengikut kadar.
Jika kami bergabung dengan perniagaan lain, atau mana-mana bahagian kumpulan syarikat Acer adalah diperoleh oleh perniagaan lain (termasuk jika perbincangan yang berkaitan dimasuki) kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan perniagaan tersebut dan penasihatnya; walaubagaimanapun, jika kami berbuat demikian, kami akan memastikan langkah-langkah diambil supaya hak anda berhubung dengan maklumat anda terus dilindungi.
Garis Panduan bagi Kanak-Kanak:
Acer TIDAK akan secara sengaja mengumpul maklumat untuk berhubung atas talian daripada kanak-kanak atau orang bawah umur (di bawah undang-undang tempatan), dan jika kami mengetahui bahawa kami mempunyai maklumat peribadi mengenai seorang kanak-kanak atau orang bawah umur, kami akan memadamkannya daripada sistem kami. Acer menggalakkan ibu bapa atau penjaga (termasuk wakil undang-undang lain) untuk bersama kanak-kanak dalam talian dan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dalam talian mereka. Kanak-kanak atau orang bawah umur hanya layak menggunakan perkhidmatan transaksi pembelian dalam talian kami dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga terhadap transaksi dan pembayaran transaksi tersebut, atau setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan. Jika anda seorang kanak-kanak atau orang bawah umur, anda dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi melengkapkan transaksi-transaksi tertentu di laman web ini.
Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Terkumpul Tanpa Nama (Anonymous Aggregated Information):
Acer juga boleh mengumpul, mengagregat dan menyimpan maklumat tanpa nama mengenai pelanggan dan pelawat dalam talian di laman web kami, seperti hobi, minat, tabiat pembelian dan sebagainya. Data ini kemudiannya boleh digunakan untuk menyesuaikan kandungan dan pengiklanan bagi meningkatkan pengalaman pelawat kami. Tambahan itu, Acer juga mungkin berkongsi maklumat agregat sedemikian mengenai pelawat tersebut dengan pengiklan, rakan perniagaan, penaja dan pihak ketiga lain, sebagai contoh, untuk memaklumkan mereka berkenaan dengan peratusan pelawat lelaki/perempuan atau peratusan pelawat dalam julat umur tertentu.
Data peribadi anda dan/atau profil anda tidak akan disewakan dan tidak akan dijual kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda terlebih dahulu.
Langkah-langkah Keselamatan:
Kami melindungi maklumat peribadi yang mana anda kongsikan bersama kami daripada kemusnahan, kehilangan, pengubahan, pendedahan tanpa kebenaran atau akses kepada data peribadi yang dihantar, disimpan atau disimpan atau diproses dengan cara lain. Di Acer, akses kepada maklumat peribadi anda adalah terhad kepada individu yang memerlukannya untuk menjalankan tugas kerja mereka. Ia adalah polisi kami untuk mengekalkan integriti sebarang maklumat peribadi dalam simpanan kami. Bagi mencegah pelanggaran keselamatan, Acer menggunakan beberapa teknik keselamatan, seperti SET atau “Secure Socket Layer (SSL)” tahap industri bagi penghantaran maklumat kad kredit atau di mana maklumat peribadi diperlukan bagi melindungi sebarang maklumat peribadi daripada akses tanpa kebenaran oleh pengguna; walaubagaimanapun, kami tidak boleh dan tidak dapat menjamin keselamatan di internet.
Sekiranya berlaku pelanggaran data peribadi, kami akan dengan segera memulakan prosedur pelaporan dan siasatan dalaman, dan akan mengambil tindakan pemulihan secepat mungkin, dan akan memaklumkan pihak berkenaan yang relevan selaras dengan undang-undang perlindungan data peribadi yang berkenaan.
Selain itu, kami akan berusaha untuk memastikan supaya data peribadi anda adalah tepat dan terkini. Oleh itu, kami dengan rendah diri meminta anda supaya memaklumkan kami tentang sebarang perubahan pada data peribadi anda (seperti perubahan maklumat untuk menghubungi anda).
Pertanyaan atau Soalan – Hak Anda:
Berhubung dengan pemprosesan data peribadi anda, anda mempunyai hak-hak tertentu:
- Anda mempunyai hak untuk mendapatkan pengesahan sama ada data peribadi anda diproses atau tidak, dan anda boleh mengakses data peribadi anda yang diproses.
- Anda mempunyai hak untuk dimaklumkan mengenai (i) sumber data peribadi anda; (ii) tujuan dan kaedah pemprosesan; (iii) identiti penjaga data atau pengguna data; dan (iv) entiti pihak ketiga atau kategori entiti yang mana mungkin menerima data peribadi tersebut.
- Anda mempunyai hak untuk mendapatkan: (i) pengemaskinian, pembetulan atau penyepaduan data anda; dan (ii) pemadaman, pemadaman nama (anonymization) atau penyekatan data jika diproses secara tidak sah.
- Anda mempunyai hak untuk membantah, secara keseluruhan atau sebahagian (i) atas alasan yang sah, terhadap pemprosesan data peribadi anda, walaupun data tersebut adalah relevan bagi tujuan pengumpulan; dan (ii) terhadap pemprosesan data peribadi anda, apabila ia dibuat bagi tujuan penghantaran bahan pengiklanan atau penjualan langsung, atau bagi pelaksanaan tinjauan komunikasi pasaran atau komersial.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai polisi dan amalan Acer dalam pengendalian maklumat peribadi yang diterima melalui perkhidmatan dalam talian, sila hubungi privacy.officer@acer.com. Sebagai alternatif, bagi pertanyaan khusus aplikasi dan/atau persoalan berkenaan dengan pengendalian data tempatan, sila hubungi entiti Acer di mana anda telah memberikan maklumat tersebut. Alamat hubungan bagi setiap entiti Acer boleh didapati di https://www.acer.com/worldwide/. Untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih pantas kepada anda, sila kemukakan pertanyaan anda dalam Bahasa Inggeris jika boleh dan sila maklumkan kami dari negara mana anda menghubungi kami, bersama dengan penerangan mengenai jenama dan model produk anda (jika berkenaan).
Cara untuk Menarik Diri daripada Penggunaan Maklumat Peribadi Anda oleh Kami:
Anda boleh, pada bila-bila masa memilih untuk menarik diri daripada penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan kami. Kami akan mengeluarkan maklumat peribadi anda daripada sistem data kami secepat yang munasabah.
Laman Web Terpaut:
Laman web lain yang terpaut (linked) dengan laman web kami mungkin mempunyai polisi privasi berlainan. Acer tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi anda yang dikumpul dengan laman web tersebut dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat atau kandungan laman web tersebut. Kami menggalakkan anda supaya meneliti polisi privasi bagi laman web tersebut. Acer tidak menjamin atau menyokong sebarang maklumat atau polisi pada laman web tersebut yang tidak dikawal oleh Acer.
Polisi Penggunaan; Perubahan kepada Polisi Privasi:
Polisi Privasi ini akan ditulis dalam pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan dalam Polisi Privasi ini antara versi Bahasa Inggeris dan mana-mana versi lain, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai. Syarat-syarat dalam Polisi Privasi ini akan mengawal penggunaan serta maklumat yang dikumpul semasa ia berkuat kuasa. Acer berhak untuk membuat perubahan terhadap Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dan oleh itu kami menggalakkan anda supaya meneliti laman web kami dari semasa ke semasa bagi mendapatkan versi Polisi Privasi terkini. Perubahan kepada Polisi Privasi ini berkuat kuasa pada masa ia diterbitkan di laman web kami.
Soalan:
Bagi sebarang soalan atau komen mengenai Polisi Privasi ini atau laman web kami, sila hubungi kami di: privacy.officer@acer.com. Untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih pantas kepada anda, sila kemukakan pertanyaan anda dalam Bahasa Inggeris jika boleh dan sila maklumkan kami dari negara mana anda menghubungi kami, bersama dengan penerangan mengenai jenama dan model produk anda (jika berkenaan).
Sebagai alternatif, bagi pertanyaan khusus aplikasi dan/atau persoalan berkenaan dengan pengendalian data tempatan, sila hubungi entiti Acer di mana anda telah memberikan maklumat tersebut. Alamat hubungan bagi setiap entiti Acer boleh didapati di https://www.acer.com/worldwide/.
Terakhir dikemaskini: 09/2026
https://www.acer.com/my-en/privacy/data-subject-access-request-form
my-en